'SAYA TAK MATI LAGI !' Berita GEMPAR Baru Terima! Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia ! Ya Allah. Serius tak sangka ! Segala PERSOALAN akhirnya TERJAWAB !

.
Abidin Supardi
KUCHING, Jumaat – Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, berkata beliau sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkan hilang petang semalam, tetapi bertukar tempat dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Abidin Supardi berkata, beliau pada awalnya memang menaiki helikopter bersama Noriah dari Kuching ke Betong untuk menghadiri satu majlis kementerian itu.

“Mengikut jadual asal, saya memang sepatutnya menaiki helikopter berasingan pada sebelah pagi. Namun, atas permintaan Datuk Wan yang mahu bergerak lebih awal ke Betong dari Kuching, saya diarahkan menaiki helikopter bersama Datuk Noriah.

“Tapi, untuk penerbangan balik dari Betong ke Kuching pada sebelah petang, saya menaiki semula helikopter yang sepatutnya saya naik dari Kuching dan bukan helikopter yang saya naik pada awalnya dengan Datuk Noriah bagi penerbangan Kuching-Betong,” katanya.

Abidin berkata, terdapat kekeliruan berhubung senarai penumpang yang masih hilang bersama helikopter AS350/RPC6828 yang membawa Noriah yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor.

Individu lain yang turut berada dalam helikopter yang terputus hubungan dengan menara kawalan jam 4.32 petang ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr A Sundaran; dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.

Helikopter disewa khas Hornbill Skyways itu dikendalikan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas, dikatakan berlepas dari padang Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh, Betong, jam 4.12 petang semalam.

Bagaimanapun, helikopter berkenaan dikatakan terputus hubungan ketika menghampiri kawasan Triso, Sebuyau.

Abidin berkata, penyebaran gambarnya bersama penumpang lain di laman sosial menyebabkan dirinya turut dikatakan berada dalam helikopter berkenaan.

“Gambar itu diambil sebelum kami berlepas dari Kuching ke Betong, pada sebelah pagi. Kehilangan itu berlaku sebelah petang, selepas kami menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bukit Saban.

“Justeru, saya berharap agar pihak luar yang menyebarkan gambar terbabit sehingga menjadi viral di laman sosial agar menghentikan tindakan mereka itu. Ini kerana ia hanya akan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya.

0 Response to "'SAYA TAK MATI LAGI !' Berita GEMPAR Baru Terima! Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia ! Ya Allah. Serius tak sangka ! Segala PERSOALAN akhirnya TERJAWAB !"

Post a Comment